Gambaran Syurga menurut al-Quran & as-Sunnah.
"
Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon akan Dikau keredhaan Engkau dan
Syurga, dan kami berlindung dengan Engkau dari kemurkaan Engkau dan api
Neraka "
عن
أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : قال
الله تعالى: أعددت لعبادي الصالحين، ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر
على قلب بشر . فاقرؤوا إن شئتم : فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين
Rasulullah
saw bersabda bahwa Allah swt berfirman : Aku menyiapkan untuk
hamba-hamba-Ku yang shaleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh Mata,
didengar oleh Telinga dan belum pernah terlintas dalam Benak manusia.
Oleh karena itu bacalah kalau kamu ayat: 'Seorang pun tidak mengetahui
apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang
menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah
mereka kerjakan.' (As-Sajdah: 17). (Hr Bukhari no. 3072)

Disini akan dinyatakan sebahagan Dalil-Dalil dari al-Quran & Hadis berkaitan keadaan yang akan diperolehi Penghuni Syurga kelak.
1. Tempat (Syurga) yang akan didiami amatlah Luas. Seluas Langit dan Bumi. Firman Allah swt :
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan
segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.
(A-li 'Imraan 133)
سَابِقُوا
إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ
وَالأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ
فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Berlumba-lumbalah
kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari
Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan
bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai
limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)
Para Ulama berbeza pendapat dalam menghuraikan ayat diatas. Ibn Abbas ra berkata : Iaitu digabungkan, dihimpunkan Langit dan Bumi. Menggambarkan betapa luasnya tempat tersebut. (Tafsir al-Qurtubi)
2. Keadaan diSyurga penuh dengan ketenangan, kedamaian. Tiada lagi kedengaran perkara-perkara yang meresahkan, perkara-perkara Dosa. Tidak didengari lagi bisingnya kenderaan, teriakan atau jeritan kanak-kanak dan sebagainya, akan tetapi yang didengari hanyalah suara-suara yang menyenangkan. Firman Allah swt :
لاَ يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلاَ تَأْثِيمًا ، إِلاَّ قِيلاً سَلاَمًا سَلاَمًا
Mereka
tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada
pula sesuatu yang menyebabkan dosa, Mereka hanya mendengar ucapan: "
Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain). (Al-Waaqi'ah 25,26)
سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
Selamat
sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat
kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat
kesudahan itu. (Ar-R'ad 24)
3. Cuaca di Syurga amatlah Nyaman, Tenang. Tidak panas membakar dan tidak pula sejuk menggigil. Firman Allah swt :
مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الأَرَائِكِ لاَ يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلاَ زَمْهَرِيرًا
Mereka
berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang
berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa
panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.
(Al-Insaan 13)
4. Tempatnya (Syurga) bukan hanya luas, tetapi Binaan dan segala Perhiasan didalamnya terdiri daripada Emas, Perak, Permata, Mutiara Zamrud dan segala perkara yang menyukakan hati dan pandangan. Dan mengalir pula dibawah, dicelah-celahnya Sungai-sungai. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :
لَكِنْ
الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِنْ فَوْقِهَا غُرَفٌ
مَبْنِيَّةٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَعْدَ اللَّهِ لاَ
يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَاد
Tetapi
(sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan
mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka
(di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan
Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya. (Az-Zumar
20)
Di Syurga tempat kediamanNya terdiri daripada Mutiara yang Nampak dari Luarnya. (Hr Bukhari)
5. Pakaian dan PerhiasanNya. Firman Allah swt :
عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا
Mereka
di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus
dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan
gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan
mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (Al-Insaan
21)
6. Terdapatnya Sungai-Sungai yang amat jauh bandingannya dengan Sungai di Dunia hari ini. Terdiri dari perisa Susu, Madu yang bersih, segar, lazat yang tidak berubah rasa, baunya. Kekal selama-selamanya. Tiada hujan, panas dan segala perkara yang boleh mengurangkan rasa nikmatnya minuman di Syurga. Ada pula sungai-sungai yang berisi dari Arak yang begitu lazat, yang tidak memabukkan seperti mana di Dunia hari ini. Segalanya tak dapat nak dibayangkan, cukuplah kepercayan, keyakinan kita akan benarnya Janji-janji Allah swt sebagaimana telah dijelaskan dalam FirmanNya :
مَثَلُ
الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ
غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ
وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ
مُصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ
رَبِّهِمْ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا
فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ
Sifat
Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah
seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak
berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak
berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang
suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan,
serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal
kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti
orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air
yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah
tentu tidak sama)! (Muhamad 15)
وَبَشِّرْ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ
ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا
بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ
Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari
sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah
diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama
rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka
dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih
suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (Al- Baqarah
25)
لاَ يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلاَ يُنزِفُونَ
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (Al-Waaqi'ah 19)
لاَ فِيهَا غَوْلٌ وَلاَ هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ
Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka
mabuk kerana menikmatinya. (As-Saaffaat 47)
7. Hamparan dan bejana. Bermacam-macam nikmat telah dijanjikan, hatta hamparan dan bejananya pun terdiri dari Sutera, Emas, Perak. “Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha suci Allah Yang Maha Agung”. Firman Allah swt :
8. Pohon-pohon, Kebun-kebun, Buah-buahan dan Bermacam jenis Hidangan disediakan diSyurga. Segalanya lebih enak rasanya dari Hidangan Dunia. Boleh dipilih-pilih dan segalanya Percuma. Bayangkanlah kalau di masa Dunia kita berada di tengah-tengah suatu kebun, ataupun suatu tempat yang penuh dengan berbagai macam jenis hidangan makanannya, sudah tentu kita akan merasa asyik dengan Nikmat tersebut. Namun Syurga teramatlah lagi besar NikmatNya. Firman Allah swt :
9. Dianugerahkan pula Bidadari-bidadari buat kaum Lelaki yang telah dijadikan khas di Syurga. Kecantikan, kesucian, keayuannya tak dapat nak digambarkan. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :
10. Keadaan Penghuninya. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :
11. Seterusnya Nikmat terbesar bakal diperolehi ialah dapat melihat Allah swt. Bayangkan di dunia jika kita diberikan kesempatan untuk bertemu dan berbual-bual dengan orang-orang yang hebat, Pemimpin-pemimpin dan sebagainya. Sudah Tentu kita rasa gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah swt. Tuhan yang meciptakan segalanya, yang memberikan segalanya. Tuhan yang telah memberikan berbagai Nikmat yang dapat kita rasai Hari ini.
Sudah tentu bagi orang-orang yang Beriman, yang sentiasa mentaati pada tiap Perintah dan Larangan Tuhannya, yang meyakini tentang benarnya Janji-janjiNya. Nikmat ini amat cukup mengembirakan. Firman Allah swt :
Dalam
hal ini pernah Nabi Musa as meminta kepada Allah untuk melihatNya.
Tetapi baru sahaja Allah swt menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu
bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung
yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya,
inikan pula manusia yang lemah.
• Demikianlah sebahagian dalil-dalil dari al-Quran & Hadith yang menceritakan betapa besarnya Nikmat kehidupan di Syurga kelak. Mudah-mudahan dengan segala Gambaran diatas menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt, tidak berputus asa dalam melaksanakan tuntutan kehendakNya. Sentiasa istiqamah diJalannya dan Berjaya meraih Syurganya.
• Nak memasuki Syurga bukanlah percuma. Ianya memerlukan kepatuhan Diri pada syarat-syarat yang telah diletakkanNya. Dikesempatan masih Hidup ini, marilah sama-sama kita manfaatkannya dengan melakukan amal-amal kebaikan, kebajikan serta sentiasa menjauhi, memelihara Diri dari tiap perkara yang dilaranganNya.
• Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah swt disetiap bidang amal yang kita laksanakan. Mudahan segalanya diterima oleh Allah swt. Dan Rahmat, Berkat dariNya sentiasa diiringi.
• Sentiasa Mengambil kesedaran Bersama tentang perkara yang berlaku disekeliling kita. Gejala sosial yang semakin parah dikalangan Masyarakat Islam pada hari ini (meninggalkan solat, tak mengambil berat soal solat, mendedahkan aurat, bebas pergaulannya, berzina, rogol, buang anak, bunuh anak, pelacur, gro, sibuk dengan hiburan2, kelab2 malam, konsert2 yg tak mengikut etika Islam, berjudi, minum arak, jual arak, pil ectasy, melihat video, cerita2 lucah, merompak, membunuh, merasuah, terima rasuah, salah guna kuasa, zalim dan berbagai bentuk kemungkaran lagi).
• Akhirnya Marilah sama-sama kita menjadi Manusia yang Berjaya Hidupnya diDunia dan Akhirat. Bukannya sekadar Berjaya diDunia dan Rugi dihari Akhirat. Kita laksana Syarat-syarat yang menjadikan kita Hamba yang tidak rugi di masa Akhirat.
• Keimanan pada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ & Qadar (Ketentuan Baik dan Buruk datangnya dari Allah).
• Amal Soleh ialah melaksanakan perkara-perkara wajib, dan menjauhi perkara-perkara maksiat dan melakukan Kebaikan, perkara-perkara Sunat lain.
• Memberi Nasihat agar menurut Kebenaran ialah memberi bimbingan kepada orang lain dengan perkara-perkara yang pasti dan menggesa mereka supaya Mentauhidkan Allah dan Beramal dengan ajaran Al-Quran, berdakwah kepada Agama Allah, memberi nasihat, menyuruh orang lain supaya melakukan perkara-perkara yang baik, melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar, disamping mengasihi orang lain seperti mengasihi dirinya sendiri. Saidina Umar ra pernah Berkata : “Semoga Allah merahmati orang yg menunjukkan kepada saya kelemahan saya”.
• Memberi nasihat supaya Bersabar ialah agar sebahagian Umat Manusia menasihati sebahagian yang lain supaya mentaati Allah. Bersabar dan tidak melakukan maksiat. Dalam masa yang sama mereka hendaklah Redha dengan Qada’ dan Qadar dalam menghadapi sesuatu Musibah dan Ujian. (Tafsir al-Munir- Dr Wahbah az-Zuhaily)
7. Hamparan dan bejana. Bermacam-macam nikmat telah dijanjikan, hatta hamparan dan bejananya pun terdiri dari Sutera, Emas, Perak. “Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha suci Allah Yang Maha Agung”. Firman Allah swt :
مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ
Mereka
(bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan)
berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah
dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam. (Ar-Rahmaan 54)
يُطَافُ
عَلَيْهِمْ بِصِحَافٍ مِنْ ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ
الأَنفُسُ وَتَلَذُّ الأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Diedarkan
kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam
Syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap
(dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya." (Az-Zukhruf 71)
وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَ
Dan
(selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya) : bijana
dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak
jelas isinya). (Al-Insaan 15)
8. Pohon-pohon, Kebun-kebun, Buah-buahan dan Bermacam jenis Hidangan disediakan diSyurga. Segalanya lebih enak rasanya dari Hidangan Dunia. Boleh dipilih-pilih dan segalanya Percuma. Bayangkanlah kalau di masa Dunia kita berada di tengah-tengah suatu kebun, ataupun suatu tempat yang penuh dengan berbagai macam jenis hidangan makanannya, sudah tentu kita akan merasa asyik dengan Nikmat tersebut. Namun Syurga teramatlah lagi besar NikmatNya. Firman Allah swt :
مُتَّكِئِينَ فِيهَا يَدْعُونَ فِيهَا بِفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ وَشَرَابٍ
(Mereka
akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin);
mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya
dan rasa kelazatannya. (Saad 51)
وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُون، وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ
Dan
juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka
pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
(Al-Waaqi'ah 20,21
وَأَصْحَابُ
الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ ، فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ ، وَطَلْحٍ
مَنْضُودٍ ، وَظِلٍّ مَمْدُودٍ ، وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ ، وَفَاكِهَةٍ
كَثِيرَةٍ ، لاَ مَقْطُوعَةٍ وَلاَ مَمْنُوعَةٍ.
Dan
puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka
bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan
pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap
terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang
banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya.
(Al-Waaqi'ah 27-33)
9. Dianugerahkan pula Bidadari-bidadari buat kaum Lelaki yang telah dijadikan khas di Syurga. Kecantikan, kesucian, keayuannya tak dapat nak digambarkan. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ ، كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَكْنُونٌ
Di
sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan
jelita matanya, Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang
tersimpan dengan baik. (As-Saaffaat 48,49)
فِيهِنَّ
قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلاَ جَانٌّ ،
فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ، كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ
وَالْمَرْجَانُ ، فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ، هَلْ جَزَاءُ
الإِحْسَانِ إِلاَّ الإِحْسَانُ ، فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا
تُكَذِّبَانِ
Di
dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya
tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan jin. Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari
itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang
baik juga? Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 56-61)
إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا
Sesungguhnya
Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah
35-37)
Jika
Seorang perempuan dari kalangan Bidadari Syurga itu turun ke Bumi
nescaya diterangi, dipenuhi tempat kawasan tersebut itu akan keserian,
kewangian, keharumanNya. (Hr Tarmidzi- Hadis Sahih)
10. Keadaan Penghuninya. Firman Allah swt & Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya
kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama Bulan Purnama
dan kumpulan berikutnya bagaikan Cahaya Bintang yang bergemerlapan di
langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum
betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang
bersendirian tanpa pasangan. (Hr Muslim)
دَعْوَاهُمْ
فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ
دَعْوَاهُمْ أَنْ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Doa
ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala
kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah:
Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan
kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (Yunus 10)
11. Seterusnya Nikmat terbesar bakal diperolehi ialah dapat melihat Allah swt. Bayangkan di dunia jika kita diberikan kesempatan untuk bertemu dan berbual-bual dengan orang-orang yang hebat, Pemimpin-pemimpin dan sebagainya. Sudah Tentu kita rasa gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah swt. Tuhan yang meciptakan segalanya, yang memberikan segalanya. Tuhan yang telah memberikan berbagai Nikmat yang dapat kita rasai Hari ini.
Sudah tentu bagi orang-orang yang Beriman, yang sentiasa mentaati pada tiap Perintah dan Larangan Tuhannya, yang meyakini tentang benarnya Janji-janjiNya. Nikmat ini amat cukup mengembirakan. Firman Allah swt :
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ , إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya. (Al-Qiaamah 22,23)
• Demikianlah sebahagian dalil-dalil dari al-Quran & Hadith yang menceritakan betapa besarnya Nikmat kehidupan di Syurga kelak. Mudah-mudahan dengan segala Gambaran diatas menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt, tidak berputus asa dalam melaksanakan tuntutan kehendakNya. Sentiasa istiqamah diJalannya dan Berjaya meraih Syurganya.
• Nak memasuki Syurga bukanlah percuma. Ianya memerlukan kepatuhan Diri pada syarat-syarat yang telah diletakkanNya. Dikesempatan masih Hidup ini, marilah sama-sama kita manfaatkannya dengan melakukan amal-amal kebaikan, kebajikan serta sentiasa menjauhi, memelihara Diri dari tiap perkara yang dilaranganNya.
• Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah swt disetiap bidang amal yang kita laksanakan. Mudahan segalanya diterima oleh Allah swt. Dan Rahmat, Berkat dariNya sentiasa diiringi.
• Sentiasa Mengambil kesedaran Bersama tentang perkara yang berlaku disekeliling kita. Gejala sosial yang semakin parah dikalangan Masyarakat Islam pada hari ini (meninggalkan solat, tak mengambil berat soal solat, mendedahkan aurat, bebas pergaulannya, berzina, rogol, buang anak, bunuh anak, pelacur, gro, sibuk dengan hiburan2, kelab2 malam, konsert2 yg tak mengikut etika Islam, berjudi, minum arak, jual arak, pil ectasy, melihat video, cerita2 lucah, merompak, membunuh, merasuah, terima rasuah, salah guna kuasa, zalim dan berbagai bentuk kemungkaran lagi).
Firman
Allah swt: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh
berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan
RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 71)
Sesiapa
yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,
kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya
dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan di dunia
semata-mata, kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang
kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di
akhirat kelak. (Asy-Syuura 20)
• Akhirnya Marilah sama-sama kita menjadi Manusia yang Berjaya Hidupnya diDunia dan Akhirat. Bukannya sekadar Berjaya diDunia dan Rugi dihari Akhirat. Kita laksana Syarat-syarat yang menjadikan kita Hamba yang tidak rugi di masa Akhirat.
Firman Allah
swt: Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali
orang-orang yang Beriman dan Beramal soleh, dan mereka pula
Berpesan-pesan dengan Kebenaran serta Berpesan-pesan dengan Sabar.
(Al-'Asr 1,2,3)
• Keimanan pada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ & Qadar (Ketentuan Baik dan Buruk datangnya dari Allah).
• Amal Soleh ialah melaksanakan perkara-perkara wajib, dan menjauhi perkara-perkara maksiat dan melakukan Kebaikan, perkara-perkara Sunat lain.
• Memberi Nasihat agar menurut Kebenaran ialah memberi bimbingan kepada orang lain dengan perkara-perkara yang pasti dan menggesa mereka supaya Mentauhidkan Allah dan Beramal dengan ajaran Al-Quran, berdakwah kepada Agama Allah, memberi nasihat, menyuruh orang lain supaya melakukan perkara-perkara yang baik, melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar, disamping mengasihi orang lain seperti mengasihi dirinya sendiri. Saidina Umar ra pernah Berkata : “Semoga Allah merahmati orang yg menunjukkan kepada saya kelemahan saya”.
• Memberi nasihat supaya Bersabar ialah agar sebahagian Umat Manusia menasihati sebahagian yang lain supaya mentaati Allah. Bersabar dan tidak melakukan maksiat. Dalam masa yang sama mereka hendaklah Redha dengan Qada’ dan Qadar dalam menghadapi sesuatu Musibah dan Ujian. (Tafsir al-Munir- Dr Wahbah az-Zuhaily)
0 komentar:
Posting Komentar