Mulakan
harimu dengan berkata "selamat datang wahai hari yang ceria,aku sedang
menantimu dengan penuh bahagia (sambil tersenyum)..." :) ♥
Kisah teladan:
ABU Yazid Al-Busthami ialah seorang sufi. Pada satu hari diadidatangi lelaki yang wajahnya usamdan
keningnya berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:"Tuan Guru,
sepanjanghidup saya, rasanya tidak pernah saya terlepas beribadat kepada
Allah. Oranglain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum
bangun, saya sudahmembaca Al-Quran. Saya juga bukan pemalas yang enggan
mencari rezeki, tetapimengapa saya selalu malangdan
kehidupan saya penuh kesulitan?”Abu Yazid menjawab :"perbaiki
penampilanmudan ubah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah s.a.w. adalah
makhluk dunia yang miskin,namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu
ceria. Sebab menurut Rasulullah, antaratanda penghuni neraka ialah muka
masam yang membuatkan orang curiga padanya.” Lelaki itu tertunduk.
Dia
berjanji akan memperbaiki penampilannya. Selepas itu wajahnya
sentiasaberseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.
Alhamdulillah,sesudah itu dia tidak pernah lagi untuk berkeluh kesah
mengenai nasibnya yang malang kepada Abu Yazid.Seperti kata Rasulullah s.a.w:"sesungguhnya Allah itu indah
dan mencintai keindahan.”Bagaimanapun, tidak bererti Islam mengajarkan
kemewahan. Islam menganjurkankesederhanaan. Baik dalam berpakaian,
menghias, tubuh atau dalam sikaphidup sehari-hari. Jubah Rasulullah
s.a.w sering luntur warnanya, tetapi sentiasabersih. Umar bin Khattab
walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sederhana danbertampal-tampal
tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnyasentiasa
tersenyum dan riak mukanya berseri. Tidak hairan Imam Hassan
Al-Basriberpendapat, keberkatan satu pekerjaan adalah riak muka yang
ramah dan penuhsenyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapipaling besar pahalanya. Demikian
pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga
jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebabtiada persoalan boleh
diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan danketegangan. Dalam hati
tenang, fikiran dingin dan wajah cerah, insyaAllah,apapun persoalannya
nescaya dapat diatasi. Ini yang dinamakan keluarga sakinah,yang
didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. ♥
Pedoman hidup: SMILE: ;) Tidak akan menjadi miskin org yg memberinya..Namun akan bertambah kaya bg org yg mendapatkannya.. SENYUM tak perlu waktu yg panjang.. Namun kekal dalam ingatan sampai akhir hayat.. ;)
0 komentar:
Posting Komentar